Bagaimana Aku Mula Berhijrah?






Tudung Labuh!



♡ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ ♡ 


Ramai yang inbox kat Fb, bertanya dekat ask.fm . Kenapa awak berdakwah? Awak muda lagi. Tak takut kena kecam?

Allah. Susah nak cakap. Waktu mula-mula saya dalam bidang blogger, Fb, ask.fm dan sebagainya. Minat berdakwah tu memang langsung tak ada dalam diri ni. ye lah berdakwah dekat alam maya mustahil seseorang tu akan berubah. Dengan dakwah kecil ni tak kan boleh mengubah seseorang daripada jahat jadi baik.

Kalau orang kata. Menyampaikan perkara yang baik dan bagi nasihat dikira satu dakwah. Tapi kalau nasihat yang kita beri pun mereka buat tak endah semuanya sia-sia.

Ketika itu, tahun 2015 . Saya dah mula buat Facebook. Dekat situlah saya jumpa macam-macam perkara yang selama ni saya tak tahu. Bila saya tgk dekat wall macam-macam tazkirah, nasihat dekat situ ada. Saya pelik. Sebab saya ni tak lah friend dengan budak-budak usrah atau geng dakwah dekat Facebook tu. Tapi makin lama makin banyak post islamik dekat wall tu dan minat saya membaca semua tu makin mendalam.

Saya berdakwah. Bukan secara serius. tapi dalam keadaan cuba. Cuba berdakwah dengan kemampuan dan ilmu yang ada pada saya. Alhamdulillah, semuanya memberansangkan.

Makin lama makin saya berdakwah, makin saya dikecam. Saya ditengking oleh seseorang. Yang mengubah diri saya.

" Dakwah sana sini. kau tu muda lagi. Fikir balik diri kau. Cermin balik. orang macam kau tak layak duduk dalam geng dakwah. "

Saya diam. Malas nak kata apa. Tapi sekaligus buat saya tersentak. Apa kau dah buat ni? Kau dakwah sana sini ingat orang peduli? Selama ni kau cuma buat kerja bodoh.

Sejak dari hari tu, saya mula log out Fb dan tak guna Fb tu lagi. Kehidupan saya jadi lain. Saya mula jatuh ke zaman Jahiliyyah. Selama ni, ramai yang bagi sokongan. Ramai yang puji. Friend beribu-ribu sampai limiteD! Post pulak beratus ratus yang like. Sampai pernah mencecah 1k. Gembiranya hati ini Ya Allah.

Siang malam saya bukak Laptop. Kadang -kadang tak perah otak macam selalu. Saya copy dakwah orang. Sama ada sahih atau tidak. Dan sekarang saya dikecam. 

Saya rasa menyesal. ye lah, dalam usia muda ni kita tak boleh sesuka hati dakwah. Ilmu pun bukan banyak mana. Masih belum sebesar zarah. Otak ni mudah kecut. Dan dakwah yang saya buat, bukan ikhlas daripada hati. Cuma hanya nak like orang lain sahaja.

Hidup saya jadi lain. Semasa saya buat FB tu dulu. Ramai yang kongsi pendapat. Kisah hijrah, kisah dajjal, kenapa perempuan tak boleh post gambar berniqab sesuka hati. Dengan laptop tu lah saya dapat banyak pengetahuan. Sampaikan saya berubah. Saya ada niat nak pakai tudung labuh. Saya kata dekat umi saya yang saya cuba untuk pakai tudung labuh.

Tapi perubahan tu ketara. Lama-lama saya rasa bosan. Saya campak tudung! Pergi mana-mana saya tak pakai tudung. Malu tu dekat dalaman je. Dekat luaran kosong  0 

Sejak dari kecil, saya diajar macam mana nak solat. Kenapa kena pakai tudung? Bacaan tajwid. Sebelum umur saya menginjak 5 tahun. Ayah saya dah suruh saya solat. Waktu kecik dululah saya sangat dekat dengan Islam.

Ibu bapa saya seorang Mualaf. Ibu saya dari golongan orang cina manakala ayah saya dari keturunan Siam. Keluarga Ibu dan ayah saya hanya 10 % yang memasuki Islam. Sebab tu saya tak rapat dengan sepupu-sepupu yang lain. Sebab mereka tak sudi kawan dengan saya.

Walaupun ibu dan ayah saya seorang Mualaf, Alhamdulillah mereka telah mendidik anak-anak mereka dengan baik termasuk saya. 

Cuma keinsafan diri ini sekarang lebih dari segala-galanya. Islam yang dulu jadi kebanggan saya, dah tak jadi perhatian saya. Saya putus asa. Hanya sebab saya dikecam oleh kerana dakwah saya, saya rasa saya memilih jalan yang salah.

Umur saya waktu itu 12 tahun ( 2015 ) Dan masih muda. Sebab itu ramai yang tak suka. 2 bulan tanpa dakwah, saya hidup sendirian. Saya dah tak ikut ajaran ibu dan ayah saya. 

Dan 2 bulan itu saya jadi sepi. Saya jadi keseorangan. Dunia ni seolah-olah gelap untuk saya. 

Sampailah satu hari saya nampak seorang perempuan yang pakai tudung labuh. Waktu tu saya baru singgah di kedai, nak beli barang lah katakan.

Saya akui kakak tu seorang yang cantik dan lemah lembut. Dulu saya juga pernah memakai tudung labuh sepertinya, tapi tidaklah labuh mana. Cuma masih labuh menutupi perhiasan saya. 

Saya nampak kakak tu senyum pandang saya. Selepas saya ambik barang saya terus letak di kaunter. Rupa-rupanya kakak tu anak kepada pakcik di kedai tu. Saya tertanya. Dekat kedai ni sunyi, dan banyak orang india dan cina yang mabuk dan suka kacau budak perempuan. Kenapa kakak ni tak takut?

Saya nampak akak ni update sesuatu dekat phone dia. Saya cuba intai-intai. Update dakwah rupanya. Mula perasaan sangka buruk saya. 

* Kakak ni mesti dakwah sebab nak like banyak en? Huh! Nanti dah kena kecam jadi lah macam aku. *

Selepas kakak tu simpan handphone nya, dia terus ambik barang saya. Nak kira harga. Saya cepat-cepat tanya dekat kakak tu.

" Kenapa kakak pakai tudung labuh eh? "

Kakak tu senyum lepastu kata " Sebab akak nak tutup aurat. Tudung labuh ni tak wajib pakai. Tapi yang wajibnya melabuhkan tudung. Biar tak nampak perhiasan tubuh kita. "

Aku masih tak puas hati. lepastu aku terus tanya lagi.

" Macam mana pulak akak boleh terbuka hati nak pakai tudung labuh? Bukan panas ke? "
Akak tu tersenyum. Dia sambung kata-kata dia.

" haha. Pakai tudung labuh ni lah buat akak selamat. Tudung labuh ni macam security. Kita nak pergi mana-mana takkan ada orang yang nak kacau kita. Sebab dia pelindung untuk kita. Dengan tudung labuh ni lah, akak boleh buktikan dekat mak ayah akak yang akak mampu bawak mereka masuk Syurga. Sebab akak tahu, tudung labuh ni dah bawak kesempurnaan dalam menutup aurat. Tak lah sempurna mana. Tapi hampir sempurna.

Adik tak nak? Dalam hidup ni mesti ada perjanjian. Ibu dan ayah ni macam hadiah. Kita ni pulak ditugaskan menjadi anak mereka. Bukan setakat jadi anak tapi kena jadi pelindung. Pelindung untuk jauhkan mereka dari api neraka. Akak ni bukan nak kata apa. 

Tapi kita ni sebenarnya pura-pura bahagiakan mak ayah dekat dunia. Wish birthday lah apalah. Tapi bila dekat akhirat. Dicampak pulak mak ayah kita ni masuk Neraka. Bukan Syurga. "

Allah.. #DEEP 

Dalam ayat kakak tu nampak kesinisannya. Tapi kesentapan dalam ayat tu buat saya lagi terkejut. Allah.. Lepastu, saya terus senyum dekat kakak tu. Memang itulah hidayahnya.

Kadang-kadang Allah datangkan seseorang yang baik ni bukan saja-saja, tapi sebab nak mengubah diri kita jadi macam mereka yang terlalu baik ni.

UPUPSR ( Ujian Percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ) Dah berakhir. Result dengan 4A 1B . Tapi masih bersyukur. Lagipun bukan UPSR yang serius. Cuti sekolah saya luangkan masa dekat rumah. Sebab kata-kata kakak tu lah, saya cuba pakai tudung labuh. Tutup aurat dengan sempurna. Betullah kata kakak tu, tudung labuh ni ibarat security. Dia yang melindungi kita. Saya rasa lebih selamat.

Bila pandang laptop. Saya rasa bersalah. Tapi, Subhanallah. Selepas saya memakai tudung labuh, saya banyak megikuti kelas . Bukan kelas lah. Tapi ada masjid yang selalu buat ceramah. Dan saya selalu mengikuti ceramah tu. Allah..

Takut. Bila dengar. Berdakwah sebab nak like dan pujian dan bukan sebab nak bantu Ummah, boleh buat kita masuk Neraka. Ye lah. Sudahnya berdakwah tak ada niat yang betul. Dan kita, tak pernah nak menapis apa yang kita sampaikan. Dalam diri, aku dah tekad. Aku nak berdakwah jugak. Aku nak tolong Umat Islam. masa tu, saya tak ingat orang akan ckp apa. Dan saya terjumpa satu laman sosial ( ask.fm ) .

Saya terfikir nak buat Facebook. Tapi, masih terlalu awal dan kejadian lalu tu pun buat saya rasa tak nak buat dah Facebook. Jadi saya buat ask.fm . Dekat ask fm tu lah saya dapat banyak hinaan.

Dan pernah saya difitnah dekat situ ( ask.fm ) Sampai saya rasa nak berhenti dakwah. Ada yang cemburu, sebab like. Ada yang buat cerita bukan-bukan. Mereka kata dakwah saya tipu dan sebagainya. Lebih lebih lagi orang tu orang dewasa. 

Saya cuma simpan dalam hati. 2 minggu saya tak update apa-apa. Sebab saya terkesan dengan hinaan orang lain. Dan lepastu saya bukak balik ask fm saya. Saya tahu, orang lain akan cakap yang bukan-bukan dan saya amat malu masa tu.

Dan bila saya bukak, Masya Allah. Ramai yang sokong. Ramai yang cakap, ni semua ujian. Kita sebagai pendakwah kena bersabar. Saya diam. Sokongan tu tak perlu. Sebab saya memang dah bangkit awal-awal lagi. Dan saya dah kata. Saya takkan putus asa.

Tiap hari saya belajar tabah. Ini baru alam maya! Kalau dunia luar? Bersyukurlah dengan diri sendiri. Sekurang-kurangnya mereka tak baling batu sampai tembus ke laptop terkena kepala saya. hehe. Waktu tu ada satu perkataan terbit dekat hati saya.

" Baru kena kecam sikit, dah putus asa. Bukan diorang nak ugut kau potong tangan. Nabi dulu berdakwah ok je. Gigi nabi berdarah kut. Takkan aku yang kecik ni tak leh handle. "

Dan tiba-tiba saya senyum sendiri. Weh! Ni suara hati ke suara malaikat? Saya post dekat ask fm. Saya tahu lepas saya dah lama tak berdakwah, diorang ingat saya putus asa. Tapi saya takkan pernah putus asa. Dengan post tu orang akan tahu yang saya tak pernah putus asa.

Alhamdulillah. Idea berdakwah datang makin lama makin banyak. Dan saya tak tiru mana-mana caption orang lain kecuali gambar. Saya banyak berhati-hati. Sebab tu ramai yang tanya. Kenapa answers sikit? Sebab? Sebab saya takut saya post benda yang salah. Dan orang lain akan dengar benda yang salah.

Makin lama makin banyak ilmu agama yang saya dapat. Dan saya kongsi dengan orang lain. Alhamdulillah.

Dalam usia muda ni, saya berhijrah menjadi lebih baik. Penghijran tu memang perit. Bukan senang. Macam nak turun ke medan perang. Takut + Sakit. Sebab kita tahu kalau kita turun ke medan perang kita akan dibunuh. Macam tu jugak dengan hijrah. kalau kita turun ke padang Hijrah, kita akan rasa sakit dalaman.

Dicaci, dihina, dikutuk. Tapi Sebenarnya pengakhiran itu terlalu manis. Dan saya mampu hadapi semua itu.

Berdakwah dalam usia muda. Bukan penghalang untuk saya. Macam mana kejam pun mereka hina saya, Nabi Muhammad dulu lagi teruk. Dakwah ni kerana ummah dan kerana Rasulullah sendiri.

Sebab saya umat Rasulullah, dan saya terlalu sayang Rasulullah, saya sampaikan dakwah. Saya sambungkan dakwah. Saya nak pulih umat akhir zaman. In sha Allah. Berdakwah di jalan sunnah dan saya berada di jalan Jihad.

Bukan berjihad menentang IS . Tapi Berjihad menentang Hawa Nafsu. Kerana itu adalah Jihad yang terbesar.

Saya Gadis Hijrah!
 Dakwah untuk Ummah. 
Dakwah kerana Rasulullah.


Saya sayang diri saya.
Dan saya cinta agama saya.

I love My Name! 
Have Faith. In sha Allah.

Assalammualaikum!

By Zulaikha Umayrah 

" Wanita itu dijadikan dengan sangat-sangat seksi. Tapi seksilah dengan betul. Being Sexy does'nt mean you have to show your aurah. "

- Kak Hassanah!